SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Rabu, 24 Ogos 2011

PLUS guna jadual laluan ikut nombor kenderaan ganjil dan genap

PLUS guna jadual laluan ikut nombor kenderaan ganjil dan genap

 

PETALING JAYA, 24 Ogos — PLUS Expressways Bhd memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini. 

 

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September.


“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya dipetik Bernama Online.


Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.


Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan ketika waktu menjelang perayaan Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :


* Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 12 tengah hari;


* Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;


* Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;


* Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.


Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:


* Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;


* Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;


* Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;


* Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;


* Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.


PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 September ini.


* Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;


* Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.


* Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.


Noorizah berkata semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.


PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.


Noorizah berkata sejumlah 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.


Pegawai Turus Penguat Kuasa Polis Diraja Malaysia Supt Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan-kawasan terpilih di sepanjang lebuh raya mulai hari ini hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.



 

Selasa, 16 Ogos 2011

Panduan menjadi suami dan isteri yang baik

Panduan menjadi suami dan isteri yang baik

Dalam setiap perkahwinan, pasangan yang mendirikan rumahtangga mempunyai impian untuk mendapat suami atau isteri yang baik seperti sifat Rasulullah SAW atau Siti Khadijah. Walaupun kata perpatah melayu "Lidah lagikan tergigit". Itu adalah asam garam kehidupan yang perlu ditempuhi sepanjang hidup di alam berumahtangga.


Hidup berumahtangga bukan hanyalah untuk menikmati sex sahaja, disamping naluri sex adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sehubungan dengan itu nafsu kelamin itu tidak perlu dibasmikan atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan secara teratur dengan sebaik-baiknya. Justru itu perkahwinan itu adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin dikalangan manusia.


Sabda Rasulullah SAW:


"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya"


Untuk memimpin sebuah keluarga yang baru, si suami atau si isteri mestilah belajar bagaimana hendak membentuk keluarganya menjadi keluarga yang bahagia yang dikehendaki supaya kekal ke akhir hayatnya. Ciri-ciri yang perlu diikuti oleh setiap pasangan suami-isteri berugama Islam adalah seperti berikut:-


CIRI-CIRI SUAMI YANG TERBAIK


1. Memegang peranan sebagai ketua keluarga.
2. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji.
3. Isteri adalah dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan.
4. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan di dalam sikap dan perbuatannya.
5. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal-soal urusan rumahtangga.
6. Jangan bertindak kasar, berilah kesempatan untuk memperbaiki kesilapan.
7. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung.
8. Berlaku jujur dan ingatlah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui.
9. Memahami kedudukan sebagai isteri seorang wanita yang tidak sama tarafnya.
10. Selesai segala sengketa dengan bijaksana, buang nafsu amarah dengan segera, ingat ajaran Allah SWT  dan Rasullullah SAW.
11. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan jika terdapat kesilapan.
12. Ingatlah bahawa isteri dan anak adalah amanat Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kelak.
13. Mempunyai prinsip dan pedoman bahawa perkahwinan mempunyai nilai yang mulia dan tinggi.
14. Mempunyai akhlak yang terpuji mengikut ajaran Islam.


CIRI-CIRI ISTERI YANG BAIK


1. Isteri yang patuh pada ajaran agama.
2. Menjaga amanat dan pesanan suami dengan sebaik-baiknya.
3. Menjaga kesihatan diri, lahir dan batin.
4. Memelihara kehormatan diri dan suami.
5. Menjaga rahsia suami.
6. Menjaga perasaan suami tanpa melebihkan diri sendiri.
7. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
8. Hormat dan sopan terhadap suami.
9. Cinta dan kasih kepada suami dibuktikan dengan perbuatan.
10. Jangan bertindak sendiri tanpa pengetahuan suami.
11. Berbincang dan berunding dalam segala urusan rumahtangga.
12. Jujur dan ikhlas.
13. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik sekalipun ditengah kesibukan kerja-kerja lain.
14. Mengasuh dan mendidik anak-anaknya seperti yang dianjurkan oleh Islam.


Semuga rumahtangga dirahmati Allah SWT hendaknya dan kekal ke akhir hayat kita.

Isnin, 15 Ogos 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Azan berkumandang tidak pernah berhenti

Azan berkumandang tidak pernah berhenti



Subhanallah! Maha Suci Allah. Dialah yang Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Penentu bagi semua kejadian di sekelian alam. Setiap hari, kita umat Islam di Malaysia dan serata tempat di dunia ini akan mendengar laungan azan berkumandang pada setiap kali masuknya waktu solat lima waktu.

Namun, tahukah kita bahawa di sebalik laungan muazzin di setiap corong pembesar suara di surau, musolla dan masjid itu mempunyai signifikan yang tiada tolok bandingnya?

Melalui kajian yang dijalankan oleh beberapa pemikir dan cendekiawan Islam di Indonesia, sesungguhnya laungan azan yang bermula sejak di zaman Rasulullah S.A.W itu tidak pernah terputus mengelilingi bumi, selama 24 jam sehari mengikut putaran bumi sehingga kiamat. Sedarkah anda tentang hakikat ini?

Mari kita selami kebenaran dan keunikan perjalanan fenomena yang membuktikan keagungan Islam zaman berzaman ini bersama. Sediakan peta dunia di hadapan anda untuk memulakan “perjalanan” azan mengelilingi dunia.

Pertamanya, sila rujuk kepada peta dunia dan cari kedudukan Indonesia. Di situ, kita akan dapati bahawa kedudukan Indonesia terletak di bahagian timur bumi. Gugusan kepulauan di Indonesia adalah terdiri dari kepulauan Jawa, Sumatera, Kalimantan (termasuk Sabah dan Sarawak) dan Sulawesi.

Apabila fajar tiba di bahagian timur Sulawesi, sekitar jam 5.30 waktu tempatan, azan Subuh akan dilaungkan ribuan muazzin di situ. Proses ini berlanjutan dari satu tempat ke satu tempat sehingga tiba di bahagian barat Indonesia.

Setelah satu setengah jam azan sambung menyambung oleh muazzin-muazzin di Sulawesi selesai, laungan azan ini akan di sambung pula di Jakarta, kemudian di Sumatera, dan sebelum proses laungan azan itu berakhir di Indonesia, ianya akan disambut pula oleh muaazin di Malaysia.

Kemudian, laungan azan dari negara kita akan disambung pula di Myanmar, dan jarak masanya ialah sekitar satu jam setelah Jakarta memulakan azan tadi. Kemudian, azan tersebut akan berlanjutan ke Dhaka, ibu negara Bangladesh.

Setelah perjalanan azan tersebut melalui Bangladesh, ianya akan berlanjutan pula ke bahagian barat India. Dari Calcutta hinggalah ke Bombay dan seluruh India akan turut bergema dengan seruan untuk umat Islam sujud kepada Allah.

Perjalanan azan diteruskan lagi ke Sialkot, Pakistan. Daerah Srinagar di India mempunyai waktu azan yang sama dengan Sialkot yang terletak di bahagian utara Pakistan. Perbezaan waktu antara Sialkot, Quetta dan Karachi adalah 40 minit dan dalam tempoh tersebut azan subuh akan kedengaran pula di seluruh Pakistan.

Sebelum azan tersebut selesai dialunkan muazzin di Pakistan, azan tersebut akan mula di sambung di Afganistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad juga adalah satu jam.

Kemudian, azan turun akan bersambung pula di Hijaaz Al-Muqaddas, di mana terletak dua kota suci umat Islam, Makkah Al-Mukarrahmah dan Madinah Al-Munawwarah, tempat asal lahirnya laungan azan. Kemudian azan tersebut akan meneruskan perjalanannya ke Yemen, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan seterusnya ke Iraq. Perbezaan waktu antara Baghdad dan Mesir juga adalah satu jam.

Seterusnya, perjalanan azan akan diteruskan ke Syria, Mesir, Somalia, dan Sudan. Perbezaan waktu antara barat dan timur Turki pula adalah satu setengah jam. Manakala Mesir dan Tripoli, ibu negara Libya, memiliki perbezaan waktu selama satu jam. Dan sepanjang tempoh perjalanan itu, azan yang dimulakan di Indonesia tadi belum lagi putus-putus perjalanannya. Sentiasa berkumandang mengelilingi dunia.

Dari benua Asia, azan meneruskan perjalanannya menyeberang ke benua Afrika.

Kini, kedudukan seruan azan sedang berkumandang di seluruh Afrika. Sejarah azan yang dimulakan oleh Bilal bin Rabah yang membawa seruan tauhid dan syahadah yang bermula dari Indonesia tadi, hingga akhirnya tiba di Asia Barat, Afrika dan lautan Atlantik memakan masa selama sembilan setengah jam.

Sebelum azan subuh tiba di lautan Atlantik, azan zohor telah bermula di bahagian timur Indonesia. Dan sebelum azan zohor tersebut tiba di Dakha, azan asar pula mula berkumandang dialun muazzin di sana.

Setelah azan asar dilaungkan di Jakarta, di dalam tempoh satu setengah jam, azan maghrib pula tiba waktunya di Sulawesi. Dan begitulah kitarannya kembali bermula, di saat muazzin di Indonesia melaungkan azan subuh, muazzin di Afrika turut melaungkan azan isyak di sana.

Jika kita renungkan fenomena kitaran perjalanan azan yang mengelilingi dunia tanpa putus-putus ini secara keseluruhan, dan akal yang dikurniakan Allah ini bakal dapat menyimpulkan sebuah fakta yang sangat menakjubkan kita, iaitu tidak ada sedetik pun waktu di dunia ini tanpa suara azan dari muazin di muka bumi.

Malah, pada ketika penulis sedang menulis artikel ini pun, penulis yakin bahawa muazzin-muazzin di seluruh dunia sedang sambut menyambut, melaungkan seruan kepada umat Islam untuk berkunjung ke rumah Allah S.W.T tanpa henti.

Kitaran azan itu akan terus berkumandang di muka bumi dan langit ini selama-lamanya, insyaAllah tidak akan berhenti selagi Israfil tidak melaungkan laungan sangkakala menandakan kiamat sudah tiba.

Dengan keajaiban signifikan yang kita perolehi melalui perjalanan azan mengelilingi dunia ini, sama-samalah kita menginsafi betapa pentingnya solat lima waktu kepada setiap umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama sujud kepadaNya pencipta sekelian alam yang serba menakjubkan.

Seruan yang menyeru seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan solat pastinya akan bersahutan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun, sehinggalah “hari yang dijanjikan” itu tiba. Wallahua’alam.

Khamis, 11 Ogos 2011

Mari Menghayati Lirik lagu "Tiada Duka Yang Abadi" - Opick

Mari Menghayati Lirik lagu "Tiada Duka Yang Abadi"

jom hayati maksud lirik lagu Opick ni. sangat sayu. Astaghfirullahalazim. sayu hati. tenang-- ( : 

 

tiada duka yang abadi di dunia
tiada sepi merangkai mu selamanya
malam kan berakhir
hari kan berganti
takdir hidup kan dijalani

tangis dan tawa
nyanyian yang mengiringi
hati yang rindu 
tanda cinta dijalanMu
namun ku percaya
hati meyakini
semua akan indah pada akhirnya

andai bisa ku mengulang 
waktu hilang dan terbuang
andai bisa perbaiki
segala yang terjadi
tapi waktu tak berhenti
tapi detik tak kembali
harap ampunkan hambamu ini---

waktu berputar rembulan dan matahari
bunga yang mekar akan layu akan mati
malam kan berakhir hari kan berganti
takdir hidup kan dijalani

andai bisa ku mengulang 
waktu hilang dan terbuang
andai bisa perbaiki
segala yang terjadi
tapi waktu tak berhenti
tapi detik tak kembali
harap ampunkan hambamu ini---

andai bisa ku mengulang 
waktu hilang dan terbuang
andai bisa perbaiki
segala yang terjadi
tapi waktu tak berhenti
tapi detik tak kembali
harap ampunkan hambamu ini
harap ampunkan hambamu ini-----


Subhanallah.. 
banyak nya dosa yang kita semua buat atas muka bumi Allah pencipta kita. banyaknya dosa hambaMu ini Ya Allah. Ampunkan lah hambaMu yang lemah lagi hina ini Ya Allah. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang maka Kau ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah. aku hambaMu yang banyak berbuat dosa, kasihanilah hambaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. dekatkanlah hatiku denganMuYa Allah. rahmatilah hidupku Ya Allah. tempatkanlah aku di bawah payung keredhaanMu Ya Allah.. jadikanlah aku anak yang solehah Ya Allah. semoga aku dapat berbakti terhadap arwah ibuku Ya Allah.. semoga aku bermanfaat buat ibu bapaku Ya Allah. jauhkanlah aku dari kemurkaanMu Ya Allah. Kau jagalah hatiku Ya Allah.semoga hatiku sentiasa mengingatiMu Ya Allah. jauhkanlah aku daripada dibenci masyarakat Ya Allah. jauhkanlah aku daripada fitnah dunia.kuatkanlah hatiku menjalankan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu Ya Allah.Kau bimbinglah aku Ya Allah. jauhkanlah aku daripada tenggelam dengan nikmat dunia yang sementara Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan Mu yang lurus.berikanlah hambaMu hidayah dan petunjukMu Ya Allah..amin Ya rabbalalamin---

Rabu, 10 Ogos 2011

Bicara Anggota

Bicara Anggota

Akal berkata :
Wahai manusia,
Kenapakah kau menyalahgunakanku ?
Kau memikirkan tentang perkara yang bukan-bukan,
Bukankah lebih baik jika kau berubah ?
Fikirkanlah tentang kebesaran ALLAH,
Gunakan akal, dapatkan keredaan-Nya.

Hati berkata :
Wahai manusia,
Akulah sekeping daging di dalam dirimu,
Jika aku baik, berbahagialah kamu,
Jika aku jahat, hancurlah kamu,'
Kenapakah kau terus berdegil ?
Kau menyuruhku agar leka dan lalai,
Hentikan !!! Indahkanlah aku dengan keimanan kepada-Nya,
Gunakan hati, dapatkan keredaan-Nya.

Mata berkata :
Wahai manusia,
Aku terasa kotor !!!
Aku terasa diriku berlumuran dosa !!!
Kau pandang sana, kau pandang sini,
Tolong , jagalah diriku ,
Pandanglah pada yang sebaiknya,
Gunakan mata, dapatkan keredaan-Nya.

Telinga berkata :
Wahai manusia,
Nikmat yang ada jangan dipersia,
Nikmat yang ada jangan dipersenda,
Dengarlah perkara yang sebetulnya,
Gunakan telinga, dapatkan keredaan-Nya.

Mulut berkata :
Wahai manusia,
Mengumpat sana, mengumpat sini,
Memfitnah sana, menfitnah sini,
Aku pula yang jadi mangsa,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Ingatlah manusia, ingatlah sentiasa,
Gunakan mulut, dapatkan keredaan-Nya.

Perut berkata :
Wahai manusia,
Kau sememangnya pelahap !!!
Kau sememangnya gelojoh !!!
Diriku kau anggap tiada inginkan rehat,
Insaflah....makanlah sekadarnya,
Gunakan perut, dapatkan keredaan-Nya.

Tangan berkata :
Wahai manusia,
Janganlah menyalahgunakanku,
Apa kau ingat aku tidak sedar ?!!!
Sepuluh jemariku, gunakan lah untuk kebaikkan,
Gunakan tangan, dapat keredaan-Nya.

Kaki berkata :
Wahai manusia,
Kemana hendak kau bawa aku ?
Mengapa ke situ ?
Tidak !!! Tidak !!! aku tidak inzinkan kau bawa aku ke situ !!!
Bawalah aku ke masjid dan surau,
Bawalah aku ke gedung ilmu,
Gunakan kaki, dapat keredaan-Nya.

Kecantikan Seorang Wanita

KECANTIKAN SEORANG WANITA


1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak
sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)
marahnya.


2.Orang yang membujang adalah orang yang
belum menemukan penghibur duka dan dia baru
memperolehinya dengan berkahwin.


3.Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan
hidup dengan menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya.


4.Wanita menghadapi banyak permasalahan
sebahagian diatasi dengan berkhawin dan
sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke
liang kubur.


5.Mata yang paling indah tetapi juga harus
diwaspadai adalah mata kaum wanita.


6.Jangan menyalahkan perasaan isteri anda
kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia
menerima anda sebagai suami.


7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangan
kesempatan menyusahkan seorang lelaki.


8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini
hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah
memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.


9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan
suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.


10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa
dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan
perilakunya.


11.Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan
dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.


12.Barangsiapa mengawini wanita kerana
hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.


13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.


14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam
menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang
menyebabkan dia menangis.


15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis
apabila ia menginginkan sesuatu.


16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia
tidak mampu menjadikan suaminya teman yang
termulia.


17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan
membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan
lembut sampai saat dia berkhawin.


19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia
tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.


20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.


22.Seorang wanita yang bijaksana menambahkan
gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga
suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan
suaminya.


23.Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di
dunia, sebab mengharuskan pemberinya